Tuesday, July 27, 2010

Anugerah


Sesungguhnya ALLAH mmg telah mencipta insan di atas dengan baik....aku berharap dengan adanya rupa paras yang sangat baik itu disusuli dengan attitude yang baik....tidak menipu, tidak memaksa, tidak betrayed, tidak..dan tidak lagi...!...

ps : insan ini layak menang dihati aku...anugerah teratas!...hahahaha...*makin luas taman dalam hati!

INCEPTION


Siapakah diantara kita dengan RELA menjadi PENDUSTA ...siapakah dulu membina harapan dan siapa yang memusnahkan IMPIAN...

ps: lately ni dalam hati ada taman!....

Same Script : Different Cast


Aku rasa ramai yang dah terkena...welcome to the club, ppl!

Friday, July 23, 2010

percubaan pertama


ini adalah foto yang pertama aku cuba ambil semasa di Kobenhaven, Denmark...apa yang menarik adalah bangku tu..macam selesa jer...cuma nak duduk sejuk la plak!

kalau pakai kamera DSLR mesti lagi cantik ( walaupun tak tau nak adjust! )...hahahaha

Thursday, July 22, 2010

Adakah Rakyat Diutamakan??


Perlu berfikir:

Situasi begini, dalam kita mengharungi kesesakan jalanraya, secara tiba2 ada motor polis peronda mohon kita ketepi...alasannya : Pemimpin negara nak lalu!...aku terpikir, pernah tak pemimpin ini merasai jerit perit kesesakan lalu lintas? pernah? kalau semuanya senang laluan bagi mereka, bagaimanakah mereka ini boleh mengeluarkan dasar??? pelik...

Katanya rakyat didahulukan...katanya dengar nadi rakyat!....pernah mereka merasainya??? ntahla..aku kalau jadi pemimpin negara dilayan sedemikian rupa??

Lagi satu, kenapa acapkali dalam perbahasan di Parlimen dijadikan medan untuk mengopek kesalahan orang lain?..mengutuk, menghina, dsb...bukankah mereka ini dipilih untuk menyalurkan apa kemahuan kita,golongan rakyat..perbetulkan Wakil Rakyat tu...

hakikatnya...Semuanya selfish!...

ps: geram sangat bila kena situasi mcm ni!

Berdikari?


agak lama tidak menjengah blog aku...mungkin berblogging sudah tidak menjadi agenda utama..sekadar melepaskan batuk di tangga!...hahahaha...alasan cukup klise : Busy dengan kerja..tapi..??

Berbicara tentang berdikari : berdiri atas kaki sendiri...bagi aku kalau semakin meningkat usia, kaki sendiri seharusnya semakin kuat untuk menampung badan..bukanlah bermaksud kita tidak boleh meminta kaki orang lain menampung badan kita, cuma berpada-pada...jangan terlalu, biarlah bersederhana..Aku sendiri kadang2 merasakan kaki aku tak cukup kuat, aku perlukan jugak kaki orang utk berdiri...itupun setelah aku berpikir beribu kali...adakah kaki orang itu boleh menampung aku ataupun kaki orang itu sendiri tidak berupaya menampung badan mereka...

Hidup ini cukup indah kalau kita tidak menjadikan orang lain sebagai batu loncatan kita...patutnya win-win situation...

Tuesday, June 29, 2010

BERITA BURUK VS BERITA GEMBIRA


Kalau korunk diberi pilihan..mana yang akan dipilih dahulu?...bayangkan kalau kita pilih berita gembira dulu...suka...tapi lepas itu...berita buruk..maka yang buruk akan didalam fikiran..yang gembira tidak lagi dihiraukan..

kalau kita terima berita buruk dulu, adakah masih bermakna berita gembira..

AKU menghadapinya : tapi kes aku berbeza di mana berita buruk aku terima, setelah aku pujuk hati...ALLAH telah berikan berita gembira...Syukur dalam hati yang gundah...masihkah dikira syukur?

Kepada yang berkenaan ( macam surat hantar justifikasi!)

- Sekali dilakukan akan dikenang sehinggan akhir hayat...ingat itu! -

MANOK + KOLOK = ??



Apa yang ada dengan dua benda di atas...jawapannya HATI...kenapa aku cakap begitu...kerana ada hati yang terluka..MENGAPA? ianya berlaku kerana sesetengah orang mempunyai hajat untuk berdikari...LET IT BE...LET IT BE!

Tuesday, June 01, 2010

I convinced

bila berkehendakkan sesuatu jawapan, aku akan tanya...bila aku rasa yakin..aku bagitau i convinced...
perkataan yang sangat mendalam sbb ianya memberi message yang dalam..maksudnya : jangan ragu- aku mmg percaya pada kau!...

Thursday, May 20, 2010

MISS U MUM...

Guys, betul kata orang...apabila ibu kita sudah tiada di dunia, banyak perkara yang kita rasa masih belum dapat ditunaikan kepada beliau even telah banyak kita berikan pada beliau..rasanya masih belum cukup!..mahu saja kita MOHON pada ALLAH, berikan peluang lagi utk kita curahkan apa saja yang boleh menggembirakan beliau..bukan bermakna aku tidak menggembirakan ibu aku..tapi, tak cukup!

My mum meninggalkan dunia dan menyahut panggilan ilahi pada 15hb Mei 2010 jam 6 ptg..hanya ALLAH yang tahu betapa aku cekalkan hati aku utk tidak menangis mahupun meratapi pemergiannya..aku cuba!...cuma bergenang airmata apabila melihat sendiri bagaimana ibuku dikapankan, dikebumikan..masih lagi terbayang saat2 itu..betapa singkatnya kenangan bersama ibu aku..

Kepada-MU ALLAH : Terima kasih meminjamkan kepadaku seorang ibu - Hajjah Kalthum Darim..aku doakan beliau berada di tempat orang-orang yang diredhai..

Mak....keredhaan ini walaupun pahit, tetap aku terima..Al-Fatihah..

Friday, April 23, 2010

NIAT yang BAIK

guys, betul...kalau Nawaitu kita suci, ALLAH akan permudahkan kita...so.rite now, me in Manchester..segala jerit perit nak ke sini biar aku crita kat sini..
pada 19hb April, MAS text my hp, mentioned that my flight to LHR been cancelled disebabkan oleh that BLoody Iceland volcano ash...tapi aku usaha jugak..went to KL Sentral to re confirm, was advised to go to KLIA tomorow morning...
pada 20hb April, aku pergi ke KLIA, sedih sbb flight mmg cancel,aku trus mintak nama aku dalam list utk esok punya flight ( they mentioned about 90% flight to LHR akan ada esok! )..so aku tunggu ajer...malam tuh MAS text katakan nama aku dalam list ke LHR flight jam 4 ptg..aku pagi2 terus ke KLIA dan confirmkan, jam 8 pagi aku dah check in ( giler ghairah dan gigih ni nak ke LHR - yang teruknya luggage aku cume 5.9 kg- kena gelak jer !...but it was my intention sbb nak bli baju kat Manchester)..so aku pun balik ke opis: attend meeting, my boss said i was crazy..dedikasi beb!.
jam 2 aku dah kat KLIA..hati aku berdebar2..yela mana tau MH004 tuh divert ke KABUL ke...aku dokla doa..tapi, honestly, aku mmg x tido 12 jam tuh..mana kes turbulance lagi...mmg aku x tidor...aku layan citer : The Blind Side, The Beautiful Bones ( not sure title tapi...i love this movie!..5 bintang!)..dah tu layan game...
sampai di LHR jam 1020 mlm...all the way the imigartion was ok..trus ke stn bas no 12, nak amik bas ke Holiday Inn Heathrow..tapi...i miss the bus..terus amik cab...giler...tgk meter dah £20..RM 100 tuh!...after checking in, dapat bilik...tp camner nak tido sbb kena catch the flight to Manchester jam 745pg..jam 4 pg aku dah bangun tunggu bas utk ke Terminal 5-Heathrow..tambang bas cumer £4...wish yang aku dapt bas malam semalam...saved me alot!..dahtuh sistem kat terminal 5 kena sendiri..baru drop bag...
sampai Manchester jam 9.45pg, terus ke Crown Plaza..bilik dah ready..letak bag, trus amik train dari Picadilly station ke Buxton, Palace Hotel utk attend seminar...x mandi beb!!...hahahahhaa...gaya mutu dan keunggulan kena ada...
aku mmg perlukan tidur...dalam train dari Buxton to Picadilly Station amik masa 1 jam..tak larat nak layan country side punyer scenery...after all, its not my cup of tea!..
sekarang aku dah habis seminar...baru beli barang..aku beli blazer yang cost me £19 ( tertipu dengan tag yang kata reduced to £6....)and bestynya dapat baju kejer dengan tie skali dgn harga £4....giler!
so guys...tomorow i have a flight to catch to Amsterdam.. conference aku start 25hb April...going to stay at Novotel..
so, by now...aku nak katakan...kalau nawaitu kita betul...ALLAH akan permudahkan...to my LV, being here all by myself made me love u more...to Azham, i am so grateful that u r being such a loyal citizen..i mean, u pay ur tax..i got the chance!...got it?
tara by now..sorry gambar x ada...terlupa bawak kamera...

Monday, April 19, 2010

Apabila BUMI bersuara



Guys..btul kata pepatah...kita merancang, HANYA ALLAH yang tentukan...so sekarang aku tgh berkira2 tentang penerbangan aku ke LHR samada diteruskan atau batal disebabkan oleh gunung berapi di Iceland...baru tadi aku dpt info dari Travel Agencies...she said, Pray for the BEST but Prepare for the cancellation...tak ke runtuh hati!...anyway, mesti ada hikmah.

As i said, apabila Bumi bersuara dan ALLAH katakan kun fayakun...still praying that smuanya selamat!

Friday, April 16, 2010

away again....

guys....i have to tell you that i am off to London on 20th April 2010..and 24th April 2010 will be in Amsterdam...dah kena pergi..pergila jugak...Saya yang menurut perintah..

and..ada plak berita meletupnya gunung berapi di iceland...tak ke seriau!...please..please...pray for me to be back with one piece on 1st may 2010...Happy labour day, ppl!

Monday, April 05, 2010

HARI BODOH SEDUNIA

Lama dah tak bercerita...well, i am not a clown not a tok dalang either....tapi...aku rasa lately aku dah jadi bodoh...dari segi kerja aku rasa masih ok lagi sbb boleh keluarkan idea bernas...tapi dari segi emosi aku rasa aku bodoh...aku bodoh sebab tak tahu pun selama ini ramai orang menipu aku bulat2 sebulatnya tahi kambing ( by the way, bulat sangat ker tahi kambing itu?)..pandai manusia berlakon kan? well....pentas dunia...kalah Wan Maimunah ( she is my fav actress anyway!)

Mintak2 kebodohan ini tidak berterusan!

Monday, March 15, 2010

Soal Hati

hati manusia ni tak boleh kita jangka!...kadang2 naik...kadang2 turun...buat masa sekarang, aku rasa biarlah ianya terletak di tengah2...

Friday, February 12, 2010

TIADA TAJUK

gosh...aku rasa mcam lemah badan semacam ajer lately...tatau kenapa tekak rasa panas, badan rasa lemah..dada berdebar2...can't think right!...kenapa hek?..do i need a breakaway? again?....
aku rasa macam tak bermaya dah sekarang ni!...tapi...ada sapa kesah?...

Thursday, January 28, 2010

BATTLE FIELD!


Banyak perkara yang buatkan kita bengang!....

1- Apabila kita bercakap, orang lain sampuk bercakap : berlaku kat aku semasa attend seminar antarabangsa;sedang aku discuss dengan salah sorang panel....dia sibuk datang terus shoot question...HATE that!...dan aku trus tempelak dia!...GILER!

2- Apabila orang suruh kita menelefon dia...tergopoh gapah kita buat call...lepas tu boleh dia kata, nanti call balik...HANJENG!

3- Apabila sedang tel, orang tuh sibuk bercakap dengan orang lain...tak dengar apa kita cakap...lepas tuh mintak hulang lagi...SIOL sangat!..ingat ni Filem PRamlee ke?

4- Apabila nak kuarkan duit...dah bratur panjang, lepas tuh boleh ada security mtk berenti sbb nak masukkan duit dalam ATM..terkurung dalam cubicle tuh dengan pelbagai jenis orang.

5- Apabila depan kita orang dok mengata pasal kita, cakap slow2 dengan orang lain, padahal " I can Hear U, Moron!"..- berlaku kat aku semalam yang mana aku pinjam LAptop Ofis, pompuan durjana ni nak guna, aku pun cakapla aku nak pakai, lepas tuh dalam meeting sibuk jaja citer aku nak conquer lap top tuh...masa dalam meeting gak aku serahkan lap top tuh...U BITCH!

6- Masa tunggu turn dalam bank, bila masa orang lain senang ajer no tuh, cepat jer...tapi biler turn aku...lambat plak urusan orang sblum aku...tak ke HANGIN!

PS : dah mula nak senja ni sebenrnya tak elok bengang...sbb tuh aku tarik nafas dalam2!

KENCING DI SIANG HARI


And u can see my heart beating, u can see it through my chest, said i am terrified, but not leaving, i know that i must pass this test...so just pull the trigger...

Itula...pernah tak korunk rasakan saat-saat genting...nak diluah mati emak, dibuang mati bapa...saat-saat genting dalam hidup kita.. It happens to everyone.

Kisahnya begini, kalau kiter terlalu memikirkan sesuatu yang menakutkan..udahnya terbawakla ke mimpi..mimpi ngeri!..sampaikan kita telah pun TERKENCING!...no..no......dalam mimpi tu kita rasa kita dah terkencing..rupanya kita kencing semasa tidur ( walaupun di siang hari!)

Ataupun masa korunk sedang dalam battlefield!...mengerunkan kan!

A Million Dollar Bill



Gosh...aku kadang2 pelik dengan perangai kita ni, yela..kita ni manusia...biler kiter dapat wang yang banyak, perkara utama adalah shopping...shop till you drop...aku x refer pada sesiapa ( kalau terasa...ada aku kesah?)..tapi aku sendiri...lately aku begitu taksub dengan lampu..bagitau jer lampu apa..lampu meja, dinding, lampu taman...pelik sangatla..




kalaula dapat A million dollar...apa agaknya nak buat hek?...adakah kita makin disayangi? adakah kita menjadi orang lain? adakah kita memikirkan masa depan?


well...just pull the trigger....!


Tapi tak tergamak aku nak letak gambar beg2 yang kononnya berjenama di dalam blog ini? pernahkah korunk tgk aku letak pic bag2 barang2 yang aku beli? hahahahaha...bagi aku sesapa...( i mean sesapa saja...) yang meletakkan gambar bag2 shopping yang dia beli dalam blog adalah orang2 yang diibaratkan seperti BERUK mendapat BUNGA...atau dulu2 kitorang kata JAKUN...sekarang bolehla dikatakan macam nak tunjuk lagak ( lets the whole world tau aku membeli barang ini!)...tapi..kelas ker? sorryla kalau ada terasa!


Hari tuh aku bukak blog sorang budak malaysia yang baru dapat duit biasiswa ( Accidently terbukak!)...dalam blog dia siap bagitau dapat biasiswa 4XXX ( macam harga komputer, ada XXXX)...well...student kannn...what do u expect!...lepas tuh siap ada pre-shopping beb!...yang dia tunjuk beli underwear, kasut yang harganya 2 ratus kot...Come on!...aku taula ko student, dapat biasiswa..dan masa itula nak shopping semua..but beli underwear pun nak tunjuk ker? what do u want to prove? orang lain x mampu beli suar dalam mcam ko? ( goshhh...jahatnya aku!)...i mean...GROW UP! kata budak U!


ps..: aku masih berkabung ni!..AL-Fatihah utk Al-Marhum Sultan JOHOR.

Tuesday, January 19, 2010

anybody wants a pizza?


Setiapkali aku nak ada masa utk diri aku sendiri : maksudnya aku tak mahu diganggu...aku akan cari Pizza...


Talking abt Pizza ni, back to late 80's.. ( sangatla lama..can guess my age! hmmmm..), masa mula2 kedatangan Pizza di Johor Bahru..masa tu kat Holiday Plaza ( ada lagi ke mall ni hek?), aku dan kengkawan terasa nak makan pizza kat situ...nampak kelas...dan cosy sangat decor..tapi masing2 malu nak order..yela mana tau salah nyebutnya kann..

but now, aku sangat sayangkan pizza..

Thursday, January 14, 2010

Live like we're dying...


This morning, aku call one of my so called BFF...yela dah lama x call,kang kata sentap ke hapa ker..memang secara tradisinya aku selalu call...SEDIH beb! Sedih GIler...biler aku txt..dia jawab sapa ni? aku balas : Ko mmg Hanjeng, tis is imran..dia boleh balas : sapa tuh? tak glamor pun...so...this is too much..aku balas balik - mmg bukan glamor dicari, x kenal takper!


guys: come on!...even korang dah lama x bercakap dengan kengkawan korang, please bersopan santun sikit...it hurts...bukan pasal glamor tuh ( mmg aku x kejar glam2 ni- tu perangai pondan jer kejar glam2 nie!)...tapi, at least bgla msg elok2..aku rasa dia punyer resolution 2010 ni nak elak berkomunikasi dengan kawan2 dier rasanya....let it be!


semoga kau makin sihat dan menjadi anak yang "solehah"..eh...no phone ko dah hilang la!....

TOM YUM KHUNG


dah lama aku nak citer...tapi kekangan masa, tambahan pulak sibuk dengan agenda new year dan kerja..


masa kitorang kat BKK, well...the breakaway tuh..lepas clubbing x hengat tuh, rasa macam nak lepak2 dulu ( actually, nak main mata! hahahahaha!)..LV pun boleh pesan Tom Yum Khung..giler ker hapa? jam 3.30 pagi makan bendalah tuh..bukankah ianya POTONG? dan aku ingat untuk satu malam, ghupa2nya 3 malam berturut2 lepas clubbing makan bendalah tuh...yang pastinya dia teruja tgk Frankestine makan !...sangat giler!


anyway, i still miss BKK..

Ada apa dengan MAK YONG


GOSHHH...aku mmg terlewat...HAppy New Year everybody..

2010 disambut dengan meriahnya..walaupun berdua tapi mampu melompat dari satu tempat ke tempat yang lain.

Resoulution last year 80% tercapai..so happy..i am now a morning person..baru aku sedar..kalau bangun awal, betapa nikmatnya hidup..semangat dia lain macam...


tapi...aku nak citer sikit pasal undangan menonton teater MAK YOng di Istana Budaya..secara tiba2 aku dipelawa: katanya nak tengok mak yong...known him for almost 9 years, tak pernah plak diceritakan tentang teater2 nie..pelik...in fact, pernah dulu aku ajak, dia kata not his cup of tea...so, aku pun malas ajak lagi...tapi di awal minggu 2010, tetiba ajak plak..katanya people can change...yola tuh!...faktor usia kot...


Sorry, darl!...i am not into teater!..


Apa ada dengan MAk yong ni? menari2 ker hapa? seriously, i have no clue..Prasangka buruk ajer aku ni : 1- mesti ada someone as a cast dalam makyong tu yang dia dah janji dan 2- nak prove to someone ke yang dia pun ada tgk teater...but kenapa Mak Yong? i am so confuse!....asalkan jangan caught in bad romance udahlerr...

Saturday, December 19, 2009

Beautiful Nightmare

somebody pinchs me!...please....it was a nightmare...enuff said...rasakan...terlalu ingin merasakan macamana orang thai...as a result, nightmare!...

Have u ever experienced situasi dimana orang itu memandang sebelah mata kepada korang? tapi...at the end of the day orang itu sedar that u r such an important person dalam sesebuah organisasi? barula nak terhegeh2 buat baik...hmmm..aku mengalaminya...tapi; aku buat tak layan orang itu...padanla muka...underestimate people..and so judgemental..

guys..i am still in Bangkok...panas dan panas...!

Ps: kepala aku pening!....

Friday, December 18, 2009

I mean....PURELY THAI

Semalam aku pergi ke wat yang sangat tinggi jedinyer...padanla orang Thai sukerkan warna emas...sbb semuanya bersalut emas..aku x amik gambar sbb aku rasa biarla..bukan bererti dengan gambar kita akan menjadi perhatian...by the way, smlm baru aku rasakan yang sebenarnya kita ni kena ada arah tuju..
My first intention was..nak bayar Baht 90 utk bebaskan burung dalam sangkar, katanya boleh bawak ONG!..after thinking so many times, tak perlulah aku buat...yang penting adalah doa dan keberkatan ILAHI..
Aku makin rasa kuat sekarang!...Blame me for nothing!..aku perlukan keputusan utk halatujun hidup aku..The Way Forward!....go imran...GO!

ps : mlm tadi kat DJ Station..

Thursday, December 17, 2009

BKK - how to be a Purely Thai

How to be Thai yang original?
malam tadi aku baca dalam buku lonely planet : salah satunyer; makan cara Thai...so...aku rasa nak makan di tepi2 jalan...but let me think...not that cengkerik goreng!

Wednesday, December 16, 2009

I Need A Breakaway!

Guys....aku mmg perlukan breakaway!...seriously..so, i made my mind..BANGKOK is the rite destination!...BANGKOK...yes! again and again!

Have u ever discovered the secret of being THAI?...well....thats my intention...nak tau apa yang menarik menjadi warga Thai...

Sawadikapppp!...see u guys!

Monday, November 30, 2009

2012..


Hari tuh aku pegila tengok citer 2012 gan LV..sajer jer nak tengok macamana bagusnya teknik diorang buat filem..tapi...seriously, aku mmg suker teknik diorang buat filem..sangat teruja dan tak terasa lamanya filem tuh...
dulu2 aku tgk citer Braveheart, lagila lama...aku tak terasa jugak...citer Legends of The Falls, lama jugak...aku langsung tak terasa..

Natijahnya, kalau cerita tuh best,teknik yang memikat, mesti tak terasa walaupun berjam2 kat panggung.
pS : belum lagi tergerak hati nak buat Movie Marathon...tak tergamak rasanya nak buang masa macam tuh...

KORBAN


Betul...aku lama x bercerita dalam blog ni sbb tak boleh access blogger.com dari opis...so..merana jugakla...Aku baru balik dari mengerjakan korban di kampung.hari2 daging...masak sop daging, kari daging, kurma daging...what else do u expect during adha, rite?


Cerita korban ni...aku nak petik lirik lagu dari Nora; lagu ni aku dengar masa lawat kawan kat Kalamazoo, Michingan dulu...


" Telah banyak yang kuberi, sejak dulu lagi...pengorbanan tiada pernah jemu "...so, aku mmg jenis yang sering berkorban utk kebahagiaan orang lain...aku mesti mulakan utk memikirkan diri aku dulu...i think tis is a good thing for 2010...azam? hmmm...let me think!


pS : Selamat Bertugas di JB kepada MAK SU...gonna miss ur smile!

Wednesday, October 28, 2009

Car Wash


SEE....apabila aku ada pluang utk update blog..aku terus-terusan mengupdate..apakah itu sawang?




Guys, i have to admit, aku mmg malas basuh kereta..dont ask me y..tapi..aku mmg dah lama x basuh kereta..kadang2 bila aku rasa susah sangat, terus pergi mana2 car wash ( aku mmg x ada fav car wash shop ), aku akan bayar ( even tengah kering!...)..senang kan? duduk sambil baca paper or magz...diorang cuci dan kenalah RM8...itupun kadang2 bersih,...kadang2 berlopak jugak...




tapi...kalaula ada pusat basuh kereta yang pembasuhnya seperti ini...seminggu 8 kali basuh pun sangguh...masa dia tengah basuh tuh cakapla...after finishing...can u follow me? hahahahahahhaaa...

BAJU PESEN-PESEN

dulu masa pertandingan MISS ASIA yang berlangsung dengan GILANG-GEMILANG dan dipenuhi dengan artis di Grand OLYMPIC hOTEL, masih aku ingat ada sorang contestants apabila ditemuramah berkenaan baju yang dipakainya...dia kata baju ni adalah baju pesen-pesen ( Fashion - fashion : aku agakla )...dan aku nak tanya korang, sanggupkah memakai baju pesen ini?

HEBAT = SUBJEKTIF

Apabila kesempurnaan terletak pada mata setiap individu, ianya cukup subjektif...itu yang kadang2 kita rasa orang tuh ALLAH berikan rupa paras HEBAT, tapi TIDAK cukup HEBAT bagi orang lain...
HEBAT bagi aku dia ni sbb muka...sangat tenang!

Hebat sebab sangat lumayan...hahahahhahaaaHebat sbb matanya cukup mengkehendakkan...

Mimpi Utk Dijual


Aku tau...dah lama aku tak update blog ni...bukan kekangan masa, bukan jugak sibuk ( alasan cukup cliche - sibuk !)...well...bukan itu...tapi opis ni yang tak benarkan berblogging...dan aku usahakan jugaklaa utk keep on blogging...sbb apa? sbb...aku anggap blog ni salah satu ubat jiwa, luahan perasaan dan juga sebagai diari masa kini..


haritu dalam perjalanan ke opis, ada satu bilboard..tulis Dream for Sale...menarik kan? aku terpikir...bestnya kalau boleh beli mimpi ni...sah-sah aku nak mimpi yang best...tapi...bayarannya berapa hek? macamana diorang kira? ada tak deposit semua tuh?


Mimpi yang aku nak beli adalah : menaiki belon panas mengelilingi dunia bersama my loved ones..hehehehhe...tapi LV nak ke mimpi tuh? ntah2 dia nak mimpi naik gunung everest!...


Mesti harga lelong mimpi pun ada!..


ps : Azham; Sabar adalah separuh dari iman...

Friday, October 02, 2009

Show OFF


Cerita pasal show off, kadang2 terkena batang hidung sendiri..tapi mungkin orang lain berpandangan berbeza...kadang2 niat kita bukan nak show off, tapi pandangan orang berbeza...it is not easy to please everybody. rite?


tapi..bagi aku kalau kiter beli barangan,tak kisahla berjenama ke tak berjenama ker..atau jenama2 sendu ker...perlukah kiter menayangkannya kepada kengkawan beserta dengan beg sekali?...hmmm....mungkin nak bagitaula yang mereka sudah mula membeli barangan berjenama...


...lately ni letih selalu...faktor usia ker heh?...kepada siti sapeah : selamat bersalji di sana...

Wednesday, September 30, 2009

Cardless


Apabila teknologi melenyapkan tradisi...itula jadiknya...tahun ni tak ada kad laa...2009 adalah tahun cardless...semuanya pakai sms..dah tuh berulang2 plak msg dier..pasti pakai forward ajerk..


tapi...ada gak yang buat video call...kira ok la tuh..pengganti diri..aku mmg x ada nak letak pic duit2 raya!tak tergamak nak letak..


all in all, kira oraitla raya tahun ni..



ps: aku terbeli bayu raya jenis kain linen...panas giler !...dahtuh masa semayang raya kat kampung blackout plak...( litar pintas sbb overloaded ; nak tunjuk dah ada aircond masjid tuh skrg..hehehhe..( jahat aku!)..lepas blackout tuh, imam buat announcement mtk maaf sbb blackout dan terpaksa sembahyang dalam keadaan gelap,tapi...dua perkara yang menjadi perbualan aku adik bradik ;- 1- imam tuh tetap nak pegang mic ( even tak der letrik )...2- imam tuh mintak arkitek tolong tengokkan mana2 litar pintas - GOSH! arkitek tau hapa? tul tak?...dah kitorang tersenyum simpul!...)

Thursday, September 17, 2009

Raya kah Kita?


Bermula ahad ini...kita akan beraya ( ikut kalendar cina...)..tapi benar2kah kita beraya? ntahla, aku terasa plak apa raya sebenarnya ( dah jadi confius!)..adakah dengan membeli pakaian,kasut dan kereta baru...kita benar2 beraya..aku terbayang bangsa lain di luar sana...macamana mereka beraya?....bagi aku, hari raya adalah hari utk bermaafan..salam,pluk,cium IBU..( ayah aku dah tak der..)..
Selamat Menyambut Eid Mubarak, semua....drive safely..
ps: ada orang pakai baju raya baru...butang baju melayu bulat yang macam golf!kristal beb!

Tuesday, September 08, 2009

Berdua Berbuka




Dah lama aku nak upload pic ni, tapi disebabkan insiden kereta yang kena pecah..( insiden yang tak perlu diwar-warkan, sbb dugaan bulan ramadhan),jadi ianya sedikit sebanyak membantutkan feel nak berblogging..its ok even its not right.
Satu hari tuh aku berbuka puasa berdua..Simple and Sweet...yang penting udang ada..our favourite.
Lokasinya dimana? biarlah rahsia...kalau bloggers yang lain memberikan maklumat dengan detail, biarlah tempat kitorang menjadi exclusive...apa yang penting : BERDUA berbuka..
note : Pic aku x ada sbb LV x pandai amik pic aku!...hahahahaha
Selamat berbuka...

Tuesday, September 01, 2009

TQ AUGUST..


Trima kasih bulan OGOS yang membawa sejuta pengertian dalam hidup. Bulan kelahiran diserikan dengan penuh drama...di awal dengan gembira, pertengahan untuk mengenal diri, dan akhirnya menuntut aku dengan kesabaran yang sangat besar.


Aku cuma mahu mengucapkan syukur. Dugaan itu tandanya ALLAH sangat sayangkan kita.

Thursday, August 27, 2009

THE MOST EXPENSIVE SHIT..


Giler btul..begini ceritanya : aku dah lama sangat nak membuang mole ni..aku rasa tak selesa dengan mole kat muka aku ni, besides, kengkawan cina aku majoriti kata tak elokla ada mole kat muka aku...kiranya fengshui x baguih la..so..sejak dulu lagi aku nak buang, instint aku kuat suruh buang...tapi bukan saja kengkangan masa, tapi juga kengkangan peruntukan..hehehhe..cuma harituh aku TEKAD..aku browse internet nak dapatkan info...dan aku terus g tempat buang mole tuh...cina pompuan tuh pelik pasal aku dengan office attire lagik..dan biasala...bgtau pasal mole kat muka aku tuh tak elokla...sama macam kawan2 cina aku yang lain cakap...dan aku pun mmg dah tekad nak buang...GOSH...it cost me RM300...giler kan? after bargaining, dapat RM250; then, aku pun buatla...
wahai si lalat yang memberak ke atas muka aku...betapa mahalnya tahi kamu!..

Tuesday, August 25, 2009

TANDA CINTA?


Kadang-kadang kita lupa...kiter berbicara tentang CINTA,sedangkan...pada pandangan kita tanda cinta itu perlu dilihat..maksud aku : dipamerkan..

Ada orang letak dalam blog kesan gegetan cinta ( love bite )...perlu ker?..mungkin perlu untuk dia bagitau yang dia dah pernah bersenggama...

Ada orang mmg BANGGA dengan tanda2 itu...mungkin perlu, hanya utk memberitahu aku fofular..


ps: dah umur macam ni, malu sangatla kalau ada kesan2 macam tuh..

Friday, August 21, 2009

MUBARAK datang!


Aku nak ucapkan selamat berpuasa, selamat bertarawikh dan selamat mengenal diri dan selamat menahan emosi diri..
ps : teringat masa bulan posa g tarawikh dengan dress to kill outfit...ingat tak LV?

Monday, August 17, 2009

I am going Home


Hari tuh aku dengar radio dalam perjalanan ke ofis...ada satu program "I am going Home"...best giler...

rancangan tuh ala2 jejak kasih...kategori radio. ada sorang caller berjaya untuk menjemput adik dier yang telah 20 tahun tinggal di LA, USA..adik dier belajar kat sana, trus dapat kejer kat sana,,dah 20 tahun tak balik..( tak cukup duit kot!...atau ada masalah seksual....perkh..spekulasi!)..dan radio tersebut dah dapat bawak dier balik ke Malaysia dan terus amik dier ke studio...masalahnya kakak dier ada kat studio gak..cumer bilik berbeza...syahdu giler masa dier dapat cakap dengan adik dier..

Syaratnya : kena jawab 3 soalan mengenai adik dier..

Soalan 1 : apakah Nama Cyber Cafe yang adik dier selalu pergi ?

Soalan 2 : Apakah nama rumah sukan adik dier masa sekolah dulu?

Soalan 3 : Apakah nama cikgu olahraga adik dier masa skolah dulu?


Kalau dapat jawab semua betul..diorang boleh bersama selama 2 minggu, satu betul 10 minit, 2 betul 1 jam...mmg giler syarat!

Giler kan soalan dier!....tapi kakak dier dapat jawab 2 soalan betul...jadinya dapatla sejam ajer bersama adik dier sebelum adik dier terus dihantar ke KLIA utk balik ke LA..


Part paling sayu, masa jawapan no 3 tuh salah...aku pun tangkap syahdu..

Beb, put it this way, dah 20 tahun tak jumper...dapat spend 1 jam ajer...mmgla ada orang kata cukupla tuh...aku berani bet, 1 jam itu adalah masa paling pendek kakak dier rasa dalam hidup dier...trust me!


Moral of the program : Luangkan masa yang singkat dengan penuh kualiti adalah lebih penting dari bersama sepanjang hayat!...tapi...KOSONG..

Monday, August 10, 2009

Fasal Filem


Ntahla...malam tuh kakak aku beria2 sangat nak tengok TV pasal Festival Filem Malaysiake 22 yang diadakan di KK, Sabah...what can i say...BORED!...Anugerah yang sangat GOMEN...tapi kakak aku nank tengok sangat pasal dier minat giler dengan Fahrin.


Tapi yang aku nak katakan kat sini adalah tentang FileM Omputih yang aku suker sangat selain LEgend Of The Fall dan Dead Man Walking. ( citer melayu aku suker gak..tapi tak brapa beri kesan sangatlaa...lepas tengok..terus tak hingat!..). Citer omputih yang aku tengok sangat berkesan adalah Shawshank Redemption...perkh...best giler...Tim Robbins belakon...walalupun aku tak brapa suker Tim ni...tapi watak dier mmg best...dari seorang yang sangat baik, dipenjarakan, menjadi seorang yang sangat determine dan smart...( begitula kalau orang bijak pandai masuk penjara...semuanya ikut akal...)...Antara Quote yang aku rasa sangat berkesan adalah : The Funny thing is, on outside, I was an honest man, straight as narrow. I had to come to prison to be a crook ".. Kelas kan?


Aku pasti ada tak filem yang menusuk kalbu korunk?

Friday, August 07, 2009

NUMB3R ????


Is it really a number? pagi ni aku dah pasang niat...biler aku bukak radio nak g kejer..lagu apa yang berkumandang, maka ianya jadi lagu aku : OMG!!!!...lagu yang berkumandang dengan loud adalah lagu REHAB - Rihanna...GOSH!....sebab itula aku tanya Is it really just a number?


I am so glad, at this age, ada orang yang aku sayang...walaupun dikelilingi orang2 yang aku sayang, tapi..mungkin mereka kurang sayang...well, we never know!..


So...Happy Adding a Number to me!.. Rehab?...whatever!

Wednesday, August 05, 2009

IKEA - bagus kah?

Aku masih ingat, masa mula2 IKEA datang kat MALAYSIA, letaknya di OU...mmg giler aku suka pegi IKEA lepas balik keja...tapi sejak akhir2 ni aku rasakan IKEA dah hilang sengat dier..barang sama ajerk..ntahlaa...pendapat aku laa...IKEA dah tidak menjadi agenda aku untuk diliwati eh...dilawati apabila nak beli barang2 rumah..dont know why...but i think IKEA is sooooo boring!...aku lebih kagum SSF..Mungkin aku tak brapa gemar barang2 luar ni..may be!...

Tuesday, August 04, 2009

YANG TAK SANGGUP DILIHAT...TAPI TERLIHAT


pagi tadi masa nak pegi kejer, dalam radio dj bercerita tentang sesuatu yang kita tak sanggup lihat tapi terlihat....Adalah sorang caller pompuan ni crita yang dier secara tak sengaja terbukak pintu bilik mandi dan ternampak sepupu lelaki dier mandi...NAKED....Pada pendapat aku ada dua kemungkinan :-

1- Pompuan tuh sengaja bukak pintu bilik mandi tuh sbb nak tengok sepupu lelaki dia mandi...yelaa...secara logiknya, takkan dia tak dengar bunyi apa2 dalam bilik air itu?

2- Sepupu lelaki dier tuh sengaja tak kunci pintu bilik mandi tuh...yela sangat berharap yang pompuan tuh termasuk bilik air itu..

Aku penah ada pengalaman macam ni : tapi aku terbukak pintu bilik air tertengok sepupu lelaki aku mandi...tapi dia bukan tengah mandi...tengah gentel2...nasib baik x sampai mengerang...hahahahhahahaa....

Monday, August 03, 2009

BERJAYA tapi TIPU...


Ni cerita lama...yelaa..masa sekolah2 dulu pernah tak korunk menipu? yeap..menipu..tapi bukan menipu yang biasa2 kita buat...tapi kali ni kita menipu sebab dapat soalan bocor ujian ker peperiksaan ker...

Aku mengaku aku pernah....semasa Form 3 ( tahun...takyahlaa..nanti ada orang komen aku lebih kertu...hehehe)..aku dapat soalan bocor ujian MATH..mana aku dapat? dari bilik Guru..bila aku masuk dalam bilik guru bersama kawan sekelas aku..nama sama dengan aku..kitorang nampak kertas soalan MATH...perkh..langkah seribu langkah..akupun dengan kawan aku terus amik soalan tuh dan fotostat kat kedai koperasi sekolah..dengan kadar segera pulangkan balik soalan tersebut...Hasilnya aku berjaya mendapat 100 ( markah Penuh ) kawan aku jugak dapat markah 100 ...So..cikgu MATH macam pelik...mana tak peliknya, sepanjang ujian atau peksa penggal x penah dapat setinggi itu..paling tinggi pun 70..malahan budak paling BIJAK dalam kelas tuh pun dapat 90 jerk...tak pelik ker?? akhirnya aku dan kawan aku mengaku kitorang dapat soalan tuh...dalam kata lain dapat curi soalan ujian MATH...dan sebagai balasan aku mendapat 0...sedeyyyy!...

Tapi itu tidak teruk sangat kalau dibandingkan dengan orang yang mendapat MARKAH paling tinggi di sekolah Untuk UJian Percubaan. Subjek : FIZIK...walaupun tidak tertangkap, tapi nama beliau terkenal seantero SEKOLAH...Bangga sekali!....tapi..akhirnya beliau rasa sangat bersalah...

Note : Kita boleh capai kejayaan dan Ternama dalam masa singkat dengan cara salah...akhirnya kita sendiri rasa bersalah...tapi sekarang banyak cara mencapai kejayaan dalam masa singkat : MINUMLA Power Root : Pakcik pun nak jadik jutawan jugak!...

Thursday, July 30, 2009

PENCAPAIAN


Apakah pencapaian terbaik yang telah kita dapat? ada orang kata dia dah ada rumah, itula pencapaian terbaik..ada pulak kata, aku dah ada kereta, ada sport rim...pencapaian terbaik aku..sebenarnya pencapaian terbaik kita adalah kita sendiri tentukan, bukan orang lain...mungkin bagi kita pencapaian itu adalah paling baik, tapi orang lain berpandangan berbeza pulak.. Aku sendiri sebenarnya tak pernah nak letakkan mana2 destinasi dalam hidup.. ada kawan aku dulu masa belajar, umur sekian nak dapat degree, lepas tuh master...dalam beberapa tahun lagi jadi Director..well...not me!..aku adalah manusia yang terumbang ambing...masa sekolah dulu cikgu cakap..kalau kita tak ada cita2 hidup kita tak ada hala tuju...sbb tuh cita2 aku kerap berubah saban tahun..nak jadi doktor, nak jadi pengusaha hotel, lawyer...etc...aku jenis follow apa yang ada kat depan dan kenang apa ada kat belakang...bukankah lebih indah begitu? tak adalah sampai kes nak bunuh diri pasal tak sampai target, atau kata lain tak sampai ke pencapaian terbaik....USAHA dan TAWAKAL pada yang SATU...


note : Tahniah kepada LV yang mendapat APC..tak sia2 ikut program sampai jam 2pg..aku sorang2 dok kat rumah....kannnnn!

REALITI TV


Hari tuh secara tak sengaja, aku Ter...( diulangi) TER...tertengok GuguGaga Era ( note : i am not Erra's Fan...besides, i think she is plastic..my opinion)..Well, Selepas menonton rancangan itu, menambahkan lagi kebencian aku pada Realiti TV show...so plastic!...sangat dibuat2...sangat2 berlakon..PURA-PURA....macam bagus!...So, bagi aku tak payahla nak buat realiti TV macam tuh...sangat memualkan!..


Reality TV yang benar2 best adalah : AMAZING RACE ...yang lain SUCKS!

Monday, July 20, 2009

MOOD RAMADHAN

Beb, Dalam sebulan lagi dah nak sambut Ramadhan...perkh...kejap jer kan..tapi aku berdoa agar Ramadhan Al- Mubarak Tahun ini dapat menjadikan aku Hamba yang lebih baik..
Ni pic last year masa sambut malam tujuh leko...lampu tuh ada lagi ker? kawasan yang sama pic ni, cuma orang yang berlainan...ADUSSSS!

Kenangan Lalu


Aku paling suker pic ni...ada crita disebalik pohon2 yang mencengkam itu..
Bateri kamera dah kaput..beli bateri baru dengan harga USD 5...
* biler nak travel lagi nie....asyik keja..keja..keja...
* Jai Ho - i am on my way!

Thursday, July 16, 2009

Wei Shemo???

Apa nama yang elok utk sesebuah rumah? mcm2 orang namakan...aku nak namakan NUR WodeJia...

789

UNIK giler nombor tuh...beratus tahun dapat balik...apa yang aku nak cakapkan no tuh hanyalah reserved utk two of US...just us!...jangan nak memandai memanggil orang lain...remind u...its for two of US...

Monday, July 13, 2009

MALU atau DIMALUKAN???

Ceritanya begini...



Dalam satu majlis, korunk bayangkan...kiter menjemput seorang YB utk datang menutup MAJLIS...apabila dipanggil, dihulurkan hadiah...sudah pasti YB itu menjangkakan hadiah itu utknya..tapi..orang yang pegang hadiah kata, ni bukan hadiah utk YB, ni utk individu lain...sapa yang malu besar? YB atau Urusetia??



YB tuh sampai cakap..."terima kasihlaa...buat susah-susah ajer..."

Yang pegang hadiah tuh cakap " hadiah ni bukan utk tuan, tapi utk orang tuh....."



Kenang balik....MMG LAWAK...



Mcm kes rancangan JEJAK KASIH kat TV3 dulu....dahla bertahun tak jumper...siap nangis2...si pengacara ( masa tuh Mazidul rasanya...) dah tersalah tunjuk orang yang patut dier peluk...udahnya Mazidul bagitu..."Bukan yang ini yer...yang sana"...terus berenti menangis makcik tuh...SIOL kan?? National TV...berjuta orang tengok...makcik tuh peluk dan menangis bagai nak rak ke orang yang salah...

Friday, July 10, 2009

REZEKI


Punyerla lama x update...well, ppl dont call my blog as blog elergi sepi for nothing!...opis baru renovate dan aku boleh katakan mmg rezeki aku....ramai kata aku just got it at the rite time..yelaa..kadang2 nama kita tak di atas, tapi kita boleh perolehi dulu dari nama orang yang betul2 no 1 dalam list...itukan konsep rezeki..


Yelaa...setakat sok sek orang kat blakang tabir tuh dah biasa...lama2 senyaplaa...Bukan sajer pasal APC yang sok sek...tapi pasal lain dok sok sek....dah namanya manusia..berbalik kepada konsep REZEKI...

Wednesday, July 01, 2009

MJ dan DURIAN

Ramai sangat orang berkata tentang kematian MJ...ada jugak yang meraung...aku pada mulanya tak terasa apa-apa..yela...walaupun aku minat gak lagu2 dier...tapi..bukanla sampai giler babas..yang aku minat masa dulu2 giler babas adalah michael bolton dan Bon Jovi..
Tapi..ada satu persamaan masa kematian MJ dan Durian yang aku beli tidak diendahkan....dibuang2...

So...tarikh MJ mati adalah sama dengan tarikhnya aku dah hilang selera aku terhadap DURIAN....

ps : ILUSM..