Monday, June 30, 2008

what? manila again?? tak habis-habis kannn!

Semasa di Airport nak balik ke KUL..utk makluman, inilah pertama kali perjalanan ke airport mengambil masa selama 3 jam...punyerla mengantuk..dan yang kelakarnya masa nak masuk kena bukak kasut...merasalah bau stokin...hahahahah!
Semasa turun dari bas apabila sampai di airport.

tetap clubbing...

Dalam jeepney..bayangkan kalau semua orang angkat tangan...macam2 bau ada...tapi LV tak angkat tangan kenapa??mestilah dia sayangkan kameranya dari memberikan haruman!

Lama sebenarnya perjalanan dengan jeepney ni...dahla berasak2..what an experience!

Dalam banyak2 bilboard kat manila...billboard ni yang menarik dan tertarik!...kenapa??

Dalam bot setelah menaiki kuda dan menuju pulang ke hotel...bersiap nak balik ke manila!

Taal Volcano...nak naik kesini kena dengan kuda,, ( boleh gak kalau nak jalan kaki..tapi...sanggupkah dengan panas terik itu??? )

LV naik kuda warna putih...mungkin sbb saiz kuda ni kecik sikit..mungkin LV kesian kalau aku naik kuda putih ni..mungkin gak LV risau kaki kuda tuh patah bila aku tunggang kuda ni...

Utk makluman, pertama kali aku naik kuda yang menaiki dan menuruni bukit..aku cuba gak ringankan badan aku..kesian plak gan kuda ni..tapi..menunggang kuda mmg execise yang sihat!...

Thursday, June 19, 2008

Iklan...Kenapakah RM begitu besar pengaruhnya?

sorila..aku nak wat iklan sikit..asyik cerita pasal jalan2 sana sini..kang nanti ada orang kata, sengaja nak show off...( maafla, pasti ramai yang mengatakan baru pegi tmpat2 macam tuh dan nak shhow off, aku pasti ramai yang lebih banyak melancong ke sana-sini..)..

Kali ni aku nak citer kenapa RM begitu mempengaruhi dan besar betul kuasanya..
Aku cerita ni kerana betapa RM membawa maksud yang mendalam :-

1) RM - Ramai Mati...yelaa dengan RM ni ramai manusia sanggup bermatian-matian macam kamikaze utk dapatkannya..contoh kat sini merompak, mencuri malah mencopet dan jangan luper meragut!

2) RM - Ramai Mengendeng...bayangkan masa korunk ada RM..betapa ramai mengendeng..contoh paling ketara masa pemenang One In the Million musim ke 2, Ayu..dikatakan setelah dier menang jerk, tak menang tangan dier menerima panggilan telefon dari 'sanak saudara' yang dekat mahupun sejauh Padang Besar, Perlis.

3) RM - Ramai Menangis ..mana taknya, tanpa RM, ramai bertangis dan mencurah2 air mata mengenangkan nasib..

4) RM - Ramai Mengemis .. semata2 utk hidup ramai yang sanggup menggadai maruah ( dirasakan maruah sudah lama hilang) mengemis di sana-sini utk dapatkan RM

5) RM - Ramai Melacur ..disebabkan untuk meneruskan hidup ramai orang terpaksa ataupun mmg suker Melacur..tidak kiralah secara atasan mahupun bawahan..tujuannya sama iaitu utk dapatkan RM

6) RM - Ramai Menghina ...bayangkan anda banyak sekali RM, mungkin jugak anda terHINA orang yang tidak ada RM..mungkin secara tak sengaja..tapi hinaan tetap hinaan...sedar atau tidak!

banyak lagi..tapi aku rasa berpada2la dengan RM ni..RM membawa bahagia kepada kita, malahan kadang2 sengsara jugak kepada kita.. tambahan pulak kos sara hidup yang semakin meningkat..minyak naik, makanan naik..adakah kita pasti RM bulanan kita gak naik???

Wednesday, June 18, 2008

The "OLD" Manila...

Destinasi anda : ALABANG....

DESTINASI PENGINAPAN : tepi jalan...utk makluman inilah tempat tinggal paling simple tapi daif...bagi aku, kalau ko tak mampu hidup di kota metropolitan, baik tinggal di kampung, tanam serai!..

Pic taken semasa ada khutbah kat church tuh...orang dok berdoa..kitorang sibuk flash sana flash sini...ini tanda kubur Jose Rizal..dekat makam pun tetap nak bergambar,..kenapa?? sbb nama RIZAL itu!

Aku tgk gereja lama ni dah jadi tradisi tempat orang kawin...masa kitorang lawat gereja ni, ada 10 pasangan yang kawin..sudahnya..tak dapat nak masuk!

Mungkin penat ataupun terkenang cerita Jose Rizal...tapi yang aku perasan,,My LV yang belanja..so...ADAKah termenung kerana kos??? ssapa suruh makan cheese cake itu!
Utk makluman, aku mmg penat giler masa ni..dapat aircond...sedap sangat melepak..tapi yang bestnya masa ni dok bercerita ntah hapa2!

Utk Pengetahuan korunk semua...kat PAco Park ni walaupun banyak kuburan disana-sini, anda adalah dibenarkan mengambil gambar dengan pose2 yang menarik...ini pose LV yang aku terjemahkan betapa dier sedih (?) dengan kejadian mati beramai2... ( maafkan abang!)

Makanan RUJI...tapi yang aku ingat masa ni kena paksa amik pic makanan ni masa Jeepney tuh lalu,,kononnnya ada karakter laa...!

Yang aku ingat masa ni...aku sahut nama LV...dan yang pakai baju oren tuh ala2 sentap sbb mungkin nama dier sama...kalau korunk tak caya..perhatikan betul2 mulut dier yang muncung itu!

Memang mengambil video kegemaran LV..lebih2 lagi dengan pic pemandangan bangunan yang menarik..tapi...masih dalam tape lagi heh?? RAW material lagi kot!

Aku mmg dah penat sangat masa ni...depan muzium...tapikan..muzium diorang ni ada 5 tingkat..sungguh sunyi sepi...ngeri gak..penah sekali aku g toilet..ada orang menjerit2 panggil nama aku...seram gak aku rasa...tapi ghupa2nya LV yang panggil..wat suspen jerk!

Inilah patung jadian...kat gereja lama!....aku suker pic ni...taken by pakcik yang bawak keter kuda tuh..credit to him..citer pasal keter kuda..LV mulernya agak reluctant..tapi..aku bayangkan kalau tak naik keter kuder tuh...patah kaki beb!...tapi biler tang bayar...ghupa2nya sorang 200 PESO...nasihat aku: tanya dulu sebelum menaiki keter kuda di Old Manila
Mungkin ini adalah Jose RIZAL versi MALAYSIA...kong mahal!


Chantik sangat benda ni...nampak sangat berbudaya dan bertamadun..tapi bawak payung hek!

Kalau aku cakap berjalan2 di Sepanyol..mungkin ada orang percaya..tapi..kat sini building dier mmg umppppph!

Terlebih dahulu aku mtk hampun gan LV sebab paksa dier amik pic ni banyak kali..sebabnya nak sama sisi...yela...dah namanya RIZAL..kalau korunk tgk sama tak...aku bagi 99% sama sbb apa...lihatla pipi mereka...sangat sama!...Kong MAHAL!

Apa yang aku ingat sama masa lepas amik pic ni, kuda tuh mengamuk dan jatuh..LV kata kuda mmg jarang jatuh, tidur pun berdiri..so..aku rasa aura menundukkan atau lebih tepat lagi menjatuhkan kuda ada pada LV aku...nasib baik tak tundukkan GAJAH!...hehehehhe...

Pintu masuk utama ke OLd MANILA...bayar beb...tapi ada gak tourist guide,,,cumer LV kata tak perlu...padahal FREE jerk...mentang2 dier ada ROUGH GUIDE!...
MAsa ni cuaca sangat panas...tak sabar nak masuk dalam...building ni dah lama ada...aku rasa kalaulah batu2 boleh bercakap..mesti aku kusyuk dengar citer pasal jose Rizal..

Melihat peraturan sebelum masuk ke pintu utama Old Manila...

Wednesday, June 11, 2008

lets go to Bed!...

Setelah penat lelah explore Rizal's Park, tibalah masanya utk bergumbira...hehehehe..so disebabkan tempat penginapan cumer 5 minit perjalanan ke tempat hibur dan libur, kitorang g the BED...( padahal mmg dah rancang 2 bulan nak ke sini..)..ingatkan macam kat Bangkok, kitorang g awal sikit, jam 1130..( kat bangkok waktu ni dah sesak!)...tapi..adalah dalam 20 orang dalam tuh...tapi menjelang 12 mlm...waduh...ramai sangat orang nie...HAppening...dahla muker masing2 perkhh......!...!...itu semua anugerah tuhan kepada mereka...

Amik pic kat Bar...ni masa belum ramai lagi Patron...pegi 1st Floor..waduh..ada Akuarium...kelas sangat nie: rupa2nya urinal bertentangan,, ( dah macam AJ plak, g club amik pic tandas )..hasilnya


LV dengan kadar segera mencurahkan airnya terus kerana ada orang didepannya....

Pic taken semasa ketidaksedaran...tapi tetap bersama!


Setelah sekian lama tidak clubbing sampai pagi..akhirnya tercapai jugak...keluar jerk dah terang...teringat zaman dolu2...tapi aku mmg PUAS...the BED- akan aku pergi lagik!

Monday, June 09, 2008

Rizal's Park..what a park!..best !

LV membeli flag Philipines dan aku tukang bawa dan pamer..Pic taken kat Manila Bay..cadangnya nak tgk sunset ...tapi..agak gelap ari tuh sbb mendung ...berarak mendung kelabu...

Banyak sangat arca/scupture kat sini yang buatkan aku impressed..anyway.. arca yang ni buatkan aku kagum..kerana banyak boleh diterjemahkan..adakah sex position? adakah penyesalan..bagi aku.. ini adalah arca pembalasan...hahahahaha...lu pikir la sendiri!


Pic taken masa rehat2 sambil dengar lagu yang familiar dendangan sweet charity..( nampak sangat aku dah senja...hahaha)..lagu jika kau bercinta lagi...cintailah sepenuhnya..best wooo..tetiba rasa terpana oleh asmara...perkhh!.



mak cik ni pun sama menghayati lagu tersebut...dalam kesedihan,,,tapi mungkin jugak merehatkan kakinya yang pendek sebelah..macam2 orang kat Rizal's park ni!..buat suspens jerkk!

Nilah namanya catwalk...hempas..jangan tak hempas...


Dalam LV dok hempas jalan tuh..ada gak yang tidur kat atas rumput..bayangkan kat Dataran Merdeka ada macam ni...sah! kuar Harian Metro muka depan, takpun Majalah MASTIKA..opss..Mastika????

Aku dapat capture tugu ni...rasanya orang Melayu adalah orang yang pertama menjejaki Manila..namanya pun Sulaiman...eh..Sulayman!
Peratikan...The BRAVE MUSLIM....bravo!




Ketiga-tiga pic ni boleh diterjemahkan betapa seseorang akan merasa bangga hingga hidung kembang dan senyuman melerek ke telinga kerana namanya berada di mana2...banyak kali jugak ditunjukkan bukti dengan mengeluarkan kad pengenalan Mykad..utk mengesahkan namanya diabadikan di taman tersebut kepada rakyat tempatan...sapakah itu???

banyak arca kat sini yang buatkan kiter kagum..!

Thursday, June 05, 2008

pengako sayooo...

UMpama Mimpi dalam Mimpi

selepas naik bas yang selesa itu..( aku rasa aku sempat tidur dan mimpi lagik)..sampaila kiotang kat Metro Manila.. bas berenti kat stesen, dan ramaila teksi2 yang menanyakan dalam bahasa tagalog..dan aku jawab dalam bahasa melayu...pemandu teksi tuh cam marah jerk..yelaa..sbb muker aku cam pinot..dan LV kata baik naik LRT jerk ke pedro gill...terus ke malate..aku stuju jerk..
Selepas tuh, naik lrt agak kelam kabut sbb tatau susur galur line lrt manila..kesannya, aku dok tanya orang dalam basa omputih...dan kesannya diorang tgk aku semacam..mana taknya, muka pinot tapi belagak cakap basa omputih...habih tuh nak wat camner??? berlagak kah aku? LV gelak jerk..

inilah lrt yang pergi ke Pedro Gill..even nampak sunyi sepi kat sini..tapi..ramai orang beb..dan paling ketara...PANAS!..


Paling ketara adalah JEEPNEY...sungguh terpegun..pandai diorang cipta jeepney ni..menarik dan mmg the bomb!..

selepas sampai di PEdro Gill, LV terus jerk meluru ke kanan...ada Robinson Place..besar la gak,tapi besar laghi PAvilion..dan makin lama makin sunyi jalan tuh..ghupa2nya LV tersesat..inilah sejarah pertama kali LV tersesat walaupun berpandukan buku rough guide terbitan 2007...hahahahaha...aku tak carutlaa..bayangkan kalau aku carut..harusla terus balik KL...kekekekekkekee..

hampir 1.5 jam, LV ajak check in kat Friendly Guesthouse...tapi aku x brapa berkenan sbb tilam nipis dan tingkat takder langsir..udahnya kami check in kat malate pension..puashati la jugak sebb mmg dalam budget pun...satu jer aku perasan..mahal jugak kos penginapan kat Manila ni..tapi yang penting dekat gan Club Bed...yahooo.!

Selepas check-in, memang ikut itenary nak ke Rizal's Park...kenapa?? sebab RIZAL...everything is Rizal...Rizal is everywhere...naik cab dgn selamba cakap nak ke rizal's park..terus tanya brapa? 300 PESO...padahal cab leh pakai meter...mungkin driver tuh ingat aku belagak...yela muka pinoy tetap nak tanya2...

Tugu yang menjadi tarikan utama...guard tuh purak2 jerk..kalau pegi belakang, diorang dokla urut2 kaki..peha..segala...mana taknya..penat berdiri!

Pengaruh Eropah menyebabkan di sini banyak sangat tugu2...sampaikan aku terpaksa mendongak!..


Depan taman ni mmg best...leh lepak2..Flag tuh bukti aku g Manila..kang korang ingat propah jerkk!