Thursday, May 20, 2010

MISS U MUM...

Guys, betul kata orang...apabila ibu kita sudah tiada di dunia, banyak perkara yang kita rasa masih belum dapat ditunaikan kepada beliau even telah banyak kita berikan pada beliau..rasanya masih belum cukup!..mahu saja kita MOHON pada ALLAH, berikan peluang lagi utk kita curahkan apa saja yang boleh menggembirakan beliau..bukan bermakna aku tidak menggembirakan ibu aku..tapi, tak cukup!

My mum meninggalkan dunia dan menyahut panggilan ilahi pada 15hb Mei 2010 jam 6 ptg..hanya ALLAH yang tahu betapa aku cekalkan hati aku utk tidak menangis mahupun meratapi pemergiannya..aku cuba!...cuma bergenang airmata apabila melihat sendiri bagaimana ibuku dikapankan, dikebumikan..masih lagi terbayang saat2 itu..betapa singkatnya kenangan bersama ibu aku..

Kepada-MU ALLAH : Terima kasih meminjamkan kepadaku seorang ibu - Hajjah Kalthum Darim..aku doakan beliau berada di tempat orang-orang yang diredhai..

Mak....keredhaan ini walaupun pahit, tetap aku terima..Al-Fatihah..