Tuesday, July 24, 2007

The Ops Angkor continues...The Ta Phrom

Selepas seharian kat bayon dan semua2 nyer tuh,pada belah malamnyer, lepak kat Linga Bar...yang kelakarnyer bawak basikal nie..sangatlaa gigih.LV cadangkan paking jauh2 dari Linga Bar..tak payah cadangkan..mmg kena Parking jauh2, pakai baju bling-bling..tetiba bawak basikal..
Selepas tuh LV ajaklaa shooping sikit2 kat pasar dier yang hampir nak tutup..sebenarnyer bagus pegi pasar yang dah nak tutup ni sbb...MURAH sangat..aku belila kain sutera thai dengan harga opsss...tak payah citerla sbb, baju tuh nak wat baju melayu.
Selepas shooping tuh, kitorang pun baliklaa...dan...zzzzz....syyhhhh.....
Pagi esoknyer dalam jam 4.30pg dah bangun ( gosh! i hate early morning), lepas breakfast,terus bawak basikal utk melihat sunrise..Mike dari Switzerland ni nak sgt ikut kitorang..haa...dier belum tgk lagi iternary LV aku..kalau tengok mesti dier terpengsan!..luper lak aku nak bagitau yang masa Mike tanya pasal kamera bagak LV aku tuh...aku bagitaula yang aku kejer syarikat TV di malaysia yang sangat popular iaitu TV18..hahahaha..lawak!
Mike ni pakai sarung jerk...naik basikal lak tuh..dan dier tunjukkan bukti yang dier tak pakai underwear..so..aku tak brapa kisah sangat..sepanjang jalan utk tgk SUNRISE tuh, macam2 citer aku kongsi gan Mike..yang bestnyer dier nie leh cakap melayu indon sikit2..so..aku takleh la nak kutuk dier lebih2 dalam bahasa melayu. Acara hari ni yang pentingnya adalah Ta Phrom..tempat penggambaran filem Tom Rider( Angelina Jolie,so..ring the bell?)..so..macam LV aku cakap yang aku dah kena sindrom "temple burnt out"..so, aku dah tak brapa kisah dengan batu2 ni..dah macam pening semacam..tapi aku gagahkan jugak sbb, pluang nak kembali ke sini bukan selalu..
Aku tengok LV aku kalau ada budak2 anak ikan jual2 poscard ker hapa ker...mesti kejar dier.kata Mike muka LV aku muker loaded..mana taknyer..tgklaa buckle tali pinggang dier..baju pun..so nampak Loaded..aku? jarang sekali budak2 tuh kejar aku..pelik gak..ruper2nyer muka aku macam orang Cambodia..itu yang makcik jual air tuh cakap...Mike gelak giler..LV aku apatah lagi..senyum sampai telinga. Ada satu insiden dimana LV aku tetap nak kacau budak lelaki yang jual poscard..4 for 1Dolar...budak2 pompuan yang lain dah stuju jual..tapi..dier tetap nak budak lelaki tuh jughak jual dengan apa yang dier mintak..dah suker budak2..nak wat camner.




Disebabkan aku dah letih tgk batu2 ( LV aku pun perasan!)..so..aku lepak dengan pakcik ni...dier main muzik, lepas tuh bagi aku pulak main muzik tuh..ingatkan Free..rupernyer kena bayar..LV kata kesian..!)..aku anggap pakcik ni penglipur lara!







Pertama kali aku tgk bangunan yang kena "makan" dengan pokok ni aku macam...wow!...tapi..ada cerita sebaliknyer nie..bateri kamera kaput!...macam sioll!..last2 belilaa bateri dengan orang kat situ dengan harga USD4..konklusinyer...KENA BEBEL!padan muka!
Tapi..yang penting..korunk kiralah sendiri macammana pokok tuh leh tumbuh dan seterusnyer menjadikan tempat ni begitu drama!





Sebelum balik tuh..Mike cadangkan aku dan LV amik pic yang nampak unik sikit.. LV macam tak yakin aku leh dokong dier..Thanks MIKE...nice pic!













Selepas balik dari tempat tuh, aku dan Mike jalan dulu ke depan..aku dah tak tahan panas..nak minum jerkk...tapi LV masih lagi MENGHAYATI keadaan sekeliling..Aku dan Mike dah ada kat tmpt paking basikal, tapi LV aku boleh tengok2 kaset dan cd2 lagu2 khmer,poskad, buku...etc...Mike yang gelarkan LV aku Singaporean cakap..." look at that fucking Singaporean,he bought a cd whereas he can upload from MP3!".... dalam hati aku cakap..." welcome to my LV's world!.." hehehhe....tapi..perangai dier macam tuh yang ajar aku ttg KETELITIAN..heheheh..

Kitorang teruskan perjalanan, tapi perut dah lapar..so makan NaSi goreng dan air mineral..sambil borak2, Mike kata nak pegi mandi kat sungai dan dier tunjukkan peta kat LV aku lokasi sungai tuh..apalagi..LV aku kata jauhhhhhhhhhh sangat...it is very FAR u know..yela..takder dalam iternary..aku diam jerk..berdebatla diorang berdua tuh...dan sebagaimana keputusan akhirnya...LV aku menang...YAHHooo....aku suker sbb tmpt yang Mike cadangkan tuh mmg Jauh ya amattt....


Mike membawa diri ( heeehhehehehe...) setelah cadangan dier nak ke sungai tidak diterima LV aku...Syabas LV!..

Mike tetap nak cari jalan kat mana nak mandi dengan menelaah buku2 rujukan "rough guide"....yelaa..bayangkan kepanasan yang terlampau..nampak tak????

Pakaian aku macam khmer sbb tula penjual2 jarang nak jual kat aku barang2 diorang...tapi..aku mmg suker amik pic kat pokok2 menjalar nie..nampak drama ( asyiklaa drama!)

Disebabkan LV aku berjaya mematahkan hujah2 Mike yang cadangkan utk ke sungai yang jauh tuh,,die menunjukkan kekuatan dengan menolak pokok ini menyebabkan batu2 tuh hampir runtuh!..heheheh!


Betapa dramanyer lokasi ni ( soalan LV aku : where is it
situated?).Macamanalaa Angelina Jolie tak teruja!

Speechless!
Do i need to say more???? Drama ( again!) sangat!

Bayangkan kalau ada kafe kat sini..namakan kafe tuh sbg KAFE LVSD (?)...mesti best sambil minum2 dan suasana sangat Purba! hehehe...Sangatla penat muka aku...tapi..aku suker kat sini ( Tha Phrom ) sbb aku bayangkan kalau buat video clip kawan2 macam Viviana,Naomi dan lain2 lagu Cinta Diakhir Garisan, takpun kalau ada Intan Ezly, Nora Kay, Issaciah lagu Drama..mesti melatoppp!...LV aku masa ni dah merayau2 mencari agle2 menarik!..

Macam baru pulang dari menoreh jerkk..hehehhehe

No comments: