Thursday, June 19, 2008

Iklan...Kenapakah RM begitu besar pengaruhnya?

sorila..aku nak wat iklan sikit..asyik cerita pasal jalan2 sana sini..kang nanti ada orang kata, sengaja nak show off...( maafla, pasti ramai yang mengatakan baru pegi tmpat2 macam tuh dan nak shhow off, aku pasti ramai yang lebih banyak melancong ke sana-sini..)..

Kali ni aku nak citer kenapa RM begitu mempengaruhi dan besar betul kuasanya..
Aku cerita ni kerana betapa RM membawa maksud yang mendalam :-

1) RM - Ramai Mati...yelaa dengan RM ni ramai manusia sanggup bermatian-matian macam kamikaze utk dapatkannya..contoh kat sini merompak, mencuri malah mencopet dan jangan luper meragut!

2) RM - Ramai Mengendeng...bayangkan masa korunk ada RM..betapa ramai mengendeng..contoh paling ketara masa pemenang One In the Million musim ke 2, Ayu..dikatakan setelah dier menang jerk, tak menang tangan dier menerima panggilan telefon dari 'sanak saudara' yang dekat mahupun sejauh Padang Besar, Perlis.

3) RM - Ramai Menangis ..mana taknya, tanpa RM, ramai bertangis dan mencurah2 air mata mengenangkan nasib..

4) RM - Ramai Mengemis .. semata2 utk hidup ramai yang sanggup menggadai maruah ( dirasakan maruah sudah lama hilang) mengemis di sana-sini utk dapatkan RM

5) RM - Ramai Melacur ..disebabkan untuk meneruskan hidup ramai orang terpaksa ataupun mmg suker Melacur..tidak kiralah secara atasan mahupun bawahan..tujuannya sama iaitu utk dapatkan RM

6) RM - Ramai Menghina ...bayangkan anda banyak sekali RM, mungkin jugak anda terHINA orang yang tidak ada RM..mungkin secara tak sengaja..tapi hinaan tetap hinaan...sedar atau tidak!

banyak lagi..tapi aku rasa berpada2la dengan RM ni..RM membawa bahagia kepada kita, malahan kadang2 sengsara jugak kepada kita.. tambahan pulak kos sara hidup yang semakin meningkat..minyak naik, makanan naik..adakah kita pasti RM bulanan kita gak naik???

No comments: