Wednesday, April 25, 2007

A&W 07

Macam pelik tajuk tuh...macam penuh misteri..2 hb June ni terjawab laa...bukan tamau bagitau korunk..masalahnyer, biarla degupan jantung makin lama makin kencang, dan akhirnya 2 june akan tiba..bukan bermakna degupan jantung terhenti..tapi semakin deras...hehehe...
Apa yang aku leh katakan A&W 07 ni mmg aku suker sangat dan nantikan sangat!!!DUP..DUP..DUP!

ps..Selamat Mengundi Sabtu (28 april 2007 )ni kepada kawan2 di IJOK (N11).Undilah dengan BIJAK!

Thursday, April 12, 2007

BENARKAH @ REKAAN SEMATA2

"Be CAREFUL the environment you choose for it will shape YOU;
Be CAREFUL ( be EXTRA CAREFUL) the friends you choose for you will become like them." kata-kata Clement stone

Nice kan kata2 kat atas tuh..itu yang buatkan aku terpikir, betul jugak!!.......kadang kita tak rasa selesa gan keadaan sekeliling tapi we FAKE it...kadang2 kita tak dapat suit gan kengkawan kita dan kita FAKE it jugak..eventually, semuanya dah meresap dalam diri kita...

Ada satu cerita aku dapat dari kawan aku di kelantan yang bekerja sebagai seorang Doktor..

" Ada seorang doktor dkt wad Gila ternampak pesakit dier mencari2 barang bawah lampu jalan..dan dia tanya " Demo cari gapooo??"..kata pesakit tuh " kawe carik barey kawe hiley"...Doktor tuh tanya " barey mu hiley manooo?" boleh pesakit tuh kata " hiley kat tempat gelap nuuu"...Doktor tuh pelik...tanyala.."wakpornyer carik bawoh lampu ni, kan ker barey demo hileyy belah gelap nuuu"..Pesakit tuh kata " Dr ni GILOO...kalau kat gelap tuh...mana nak nampokk...!"

Moral of the story berkaitan dengan kata2 kat atas...HAnya yang GIler tau dier GILER..

PATUKAN KEMBALI


Pagi2 ni sampai di ofis,tatau nak wat per..minum kopi..last2 terdapat idea ( diulangi TER- jadinya tak sengaja!) untuk menulis cerita. Cerita ni ada berkaitan dengan gambar tuh.adaptasi dari majalah URTV tahun 1997 (gambar Noreen Noor kat depan ).Secara ringkasannya cerita dari cerpen tuh menyentuh tentang sikap kita yang tak pernah menghargai kebaikan orang lain.Kita selalu lupa..Aku sendiri..kadang2 lupa kebaikan orang itu, asyiklaa nak marah orang itu,tanpa aku sedari betapa orang itu banyak membantu..Macam ayam kat gambar atas tuh,setelah dibelai, diberi makan,dijaga bagai menatang Minyak ( sekarang petrol- sbb petrol mahal!) yang penuh, akhirnya...kita sendiri dipatuknya..itu oklaa..sebb ayam, makhluk ALLAH yang tidak ada akal..tapi aku sendiri dan mungkin juga korunk, kadang2 kita lupa betapa tangan dan pengorbanan orang apabila kita membenci mereka..kenapa hek? MUNGKIN sbb aku atau korunk sendiri adalah manusia biasa yang acapkali LUPA bahawa selama ini orang yang kita benci itu pernah menolong kita waktu kita susah mahupun senang...Ya!ALLAH..berikan kebaikan kepada orang yang telah banyak menolongku..mungkin aku lupa dan kebaikannya dan pengorbanannya LENYAP sekelip mata!...

wahh....bau roti bakar ni sedap..nanti citer lagilaaa..........

ps : SELAMAT MENGUNDI KEPADA KAWAN2 AKU KAT N08- DUN MACHAP MELAKA..PILIHLA MANA YANG PATUT...

Wednesday, April 11, 2007

CARINGKAH ????


Ntahla..tetiba aku rasa perlu aku buat satu post tentang sifat CARING..bukan apa...definisi perkataan CARING ni berbagai. Pada pandangan sesetengah orang apabila kita selalu menanya kabar, sihat ker? eh...demam? kesiannya..kita kata dier cukup caring..setengah orang kata, boleh blikan top-up,boleh belikan itu-ini,,,wahh...caring sangat dier kat saya...
Masalahnya : Apabila kita Caring kat orang tuh, adakah kita mendapat balasan yang sama?adakah orang itu caring kat kita balik? atau adakah BERAT SEBELAH?...itu yang aku kata ntahlaa..Caring ni terlalu subjektif bagi aku.
Dan yang paling tak seronoknya..bila caring dibanding2kan..A lebih caring..B selalu caring..C senantiasa caring, D....ahh...caringnya....BAGUS ker macam tuh heh?? Walaupun bagi aku caring ni subjektif...aku beri jawapan pada korunk dalam OBJEKTIF :
A- CARING is SHARING
B- CARING is only for ME
C- U must always CARE abaout ME
D- U r useless because U r not Caring about me!
JAWAPAN ? anda sendiri pilih...
PS : Cantik sangat PIC kat atas tuh!..tapi ada orang kata PASANGAN paling BAHAGIA adalah PASANGAN KAT KEK PENGANTIN...sebab apa? sbb mereka tak berpandangan antara satu sama lain...BETUL gak KANNN?

Tuesday, April 10, 2007

AMARAH YANG MELUAP!!!


Kadang-kadang, apabila kita dikuasai oleh perasaan MARAH, kita jadi manusia lain!mana taknya..kita telah dikuasai oleh Syaitan, dan personaliti kita pun sangat berbeza..MENGAPA??Acapkali kalau kita marah kita sering menunding jari menyalahkan orang lain, sedangkan kita tak sedar ada 3 jari lagi sedang menunding ke arah kita...BETUL kan?? itula yang menyebabkan aku ni jarang nak marah2.Kadang2 aku terlepas jugak...yela kitakan manusia..sbb tuh ada orang sukakan YOGA..mungkin nak tenangkan diri..tapi, senang ajer..amik wuduk, atau kalau tak sempat, duduk kalau berdiri dan sebaliknya..dan tarik nafas panjang2,baca ayat2 quran yang korunk tau ( kalau tau baca surah al-baqarah pun ok...terus lupa nak marah!..hehehe)..dan berdiam diri.
MASALAHnya...seandainya kita diamkan diri,adakah kita lebih menyebabkan satu pihak lagi sakit hati? atau adakah dengan mendiamkan diri satu provokasi? atau kita diamkan diri untuk dibodohkan supaya senang diMAKI?tataulaa...tepuk dada, jangan tanya selera..TANYA IMAN.

Kadang2 elemen negative macam rasa tension,upset,sedih,tersisih, rasa macam ditipu dan semua perkara negative yang sewaktu dengannya akan menyebabkan kita sewenang2nya memaki hamun orang!...dan apa yang kita dapat? PUAS HATI?? dan lepas tuh kita rasa bersalah sangat..setelah remuk redam hati orang tuh kita buat..tetiba kita rasa bersalah..layakkah kita?

Apapun...tahan MARAH anda..kalau rasa tak boleh gak..masuk kelas ANGER MANAGEMENT!..

PS : PIC Atas tuh Singa mengantuk...bukan singa lapar..kalau lapar, mestila jadi MARAH sebab perut belum isi...hahahahahha...

CUCURILAH RAHMAT


kALAU DILIHAT PIC SEBELAH NI..kenapa aku letak gambar haiwan ini?? kerana dikatakan haiwan ini adalah haiwan dari syurga.

Tarikh 2 hb April merupakan tarikh yang senantiasa akan ada reminder dalam pc/hp aku kerana pada tarikh tersebutla ayah aku telah kembali kerahmatullah...Tahn 2007 merupakan tahun yang ke 3 pemergian abah..Mmg, mungkin korunk kata, apalah sangat dengan pemergian insan tersayang, kerana semuanya suratan takdir...kalah dah nak ajalnya..mmg ajalnya hari itu..benar!..
Cuma aku rasakan sangat rindukan ayah aku kerana arwah merupakan seorang yang cukup tenang, dan yang paling membuatkan aku tambah rindu bila perhatikan kerusi kesayangan abah aku yang masih terletak dalam bilik..seolah2 ada aura disitu mengatakan dia masih memerhatikan kami adik beradik..

Aku bukanlah seorang yang meminta korunk bersimpati kerana ramai lagi orang lain yang kehilangan orang yang tersayang dalam hidup dia..tapi...bolehkah aku meminta korunk membacakan umul kittab ( al fatihah ) kepada arwah ayah aku semoga arwah aman dan tenteram dalam dunia yang berbeza dan senantiasa dicucuri rahmatNYA..AL-FATIHAH

LAMANYA HILANG!


wahhh....lamanya aku tak jenguk blog sendiri..lama sangat!...bukan apa..sibuk dengan kerja-kerja menyebabkan tak kesampaian masa. PIC atas tuh aku nak ucapkan terima kasih kepada abang TT.Aku suker pic tuh..tambah lagi arisha ada sama..kalau sesapa kenal arisha, SHE IS BORN TO BE A SHOW GURL...mmg bagus sangat dier..dari dulu aku tengok dier..mula2 takut nak tegur..tapi..baik rupanyaa...dan dier mmg jenis suker berkawan..terkenang masa MISS MALAYSIA 2006 ( opsss...yang kena tarik crown tuh..tapi bukan arisha!)..ARISHA adalah MISS PERLIS..