Monday, November 10, 2008

CERITA HATI DAN PISANG

Seingat aku : tak pernah aku membuat cerita dalam blog, seolah2 cerpen mahupun novel..sebabnya aku mmg KAYU dalam membuat cerita..nasib baik aku buka kaki bangku..dulu kan aku pemain ragbi sekolah...

tapi... aku nak tulis sikit cerita yang aku plagiat dari email kawan aku, cumer aku dah edit sikit..( sedangkan DVD Miss Universe pun kena edit, apatah lagi dengan cerita aku ! )



" Maryam( bukan nama sebenar) , guru kelas Tadika (walaupun guru tadika, tapi ada B.Sc ( Hons) in Chemical Engineering) menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci kekelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan palingbanyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling merekabenci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnyamenjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidakmenyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak.Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perludibawa. "Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam.Semuanya serentak ( secara serentak taw!) mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci padaorang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkanapa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangilebih baik darpada membenci.!"


Sebab itula aku merupakan seorang PENYAYANG!...

5 comments:

bungeCENGKEH said...

hebat sekali perumpaan tentang "cerita hati dan pisang"tu, perasaan benci akan membebankan diri kita sendiri dan kemaafan akan membuat kita seperti terbang diawangan

ingatkan pisang tu dibuat cekodok dan makan ramai2 kikikiiii

Anonymous said...

itulaa hasil dari perbincangan di tasik tempohari.

Anonymous said...

pakcik... shin x suka sgt makan pisang.. dan shin x suka gak benci2 org ni... hope satu hari nanti.. ada org bawak pisang dan ajak shin makan sama sama.. pastu kitaorg kapel hehehehe

* motip sgt larik tajuk.. dan motip asal.. nk bagitau i'm single n available

Kelomok said...

"Abang tak makan pisang...tapi abang tau..adik mesti suka makan pisang"..

*Matila dialog citer sutun..
*Matila takde kene ngene..hahahahah

Keji tul shinchan..sempat wat promosi..wakakaka

DnA said...

Kenapa pisang? tak durian ke...langsat ke.. potato ker...